Thursday, May 5, 2016

Allah

Hidup ni ada banyak uncertainty. Ada banyak benda yang menakutkan yang boleh terjadi. Ada banyak benda yang kita dapat rasa kurang sebab kita rasa, benda yang kita ada sekarang ni boleh hilang, boleh berubah.

Aku rasa aku masih muda untuk memberi sesuatu input. Sebab mungkin pengalaman yang aku ada belum lagi cukup untuk menampakkan realiti sebenar. Jadi salah faham tu, mungkin saja berlaku yang membawa kepada salah tafsir. yes.

Aku masih muda. jadi, ini cumalah suatu percubaan untuk memahami dunia. Dianalogikan kepada air laut, ini cumalah fasa untuk aku mengenal air laut, tapi untuk lemas atau tenggelam aku harus cuba dan terus mencuba, hingga aku dapat berenang.

Tapi, sangat benar jika aku katakan, penyerahan bulat-bulat kepada Allah itu penting. Itu adalah sesuatu yang dinyatakan bukan untuk didebat. Tetapi sesuatu yang boleh difikirkan, dianalisis, dibincang dan didebatkan adalah, bagaimana caranya menyerah secara bulat-bulat kepada Allah?

Adakah dengan bulat-bulat kepada Allah dengan sepenuhnya, ataupun diserahkan kepada Allah sambil ada akal seorang manusia di dalam penyerahan tersebut. kefahaman aku terhadap penyerahan cumalah cetek. Aku sendiri kurang arif bagaimana.

Jagalah Allah, niscaya Allah akan menjagamu. Menyerahkan pada Allah tidak bergantung kepada logik, tetapi masih ada logiknya. Kerana, bila kita percaya bahawa rezeki milik Allah, dan hanya Allah yang mampu memberinya walaupun dari asbab yang tak tersangka, kita akan jadi lebih tenang. Ketenangan membuatkan emosi lebih terkawal. Emosi yang terkawal akan menjadikan akal berfungsi dengan lebih baik, dan membuat keputusan yang lebih bijak.

Apabila kita menyerahkan kepada Allah, kita tahu bahawa penyerahan kepada Allah itu mencukupkan. kerana bahagia itu letaknya di hati. Hati yang merasa tenang. Hati yang merasa keyakinan kepada Allah, dan jauh dari keraguan yang cuba ditanamkan oleh syaitan, hati yang merasa pasti kerana yakin hidupnya terletak dalam kuasa Allah, adalah hati yang akan merasa cukup. merasa bahagia. Maka, hati yang merasa bahagia dan merasa cukup ini, akan dijauhkan dari kedengkian terhadap nikmat yang telah dikurniakan kepada orang lain.

Tapi, akhirnya, kunci penyerahan kepada Allah itu adalah ikhlas. secara bulat-bulat meletakkan kedua-dua tapak kaki di tapak naungan Allah. Hari ini, penyerahan aku mendatangkan aku lebih rezeki, maka esok aku tambahkan lagi penyerahan aku kepada Allah. Maka, adakah aku menambahkan penyerahan aku selaras bertambahnya rezeki, atau penyerahan itu aku lakukan hanyalah seperti sepatutnya aku lakukan- iaitu sentiasa berserah tak kira apa pun yang terjadi?

Kerana hati yang tenang itu tak ada dengki sebab cukup, dapat berfikir kerana hati tak serabut, tak merosakkan orang lain, kerana sayang pada Allah itu mula bertapak di dalam hati. Hati yang tenang itu takkan merasa sombong, kerana nikmat iman, nikmat percaya, nikmat yakin, ilham untuk beriman adalah milik Allah, dan Allah boleh mengambilnya bila-bila masa yang Dia suka. Biarlah kasihku pada-Mu tiada hijab. Tak beralas kepada keduniaan, tapi hanya pengharapan kepada-Mu yang terus memekarkan rasa ini sehingga ke Akhirat.

Amin.






Wednesday, April 6, 2016

The Dawn of Interview

Assalamualaikum wbt,

Jadi, setelah lama menunggu akhirnya aku dipanggil jugak untuk interview suruhanjaya perkhidmatan pelajaran. Alhamdulillah. Sesi interview aku jatuh pada tarikh 16 Mei hari isnin bermula jam 7 setengah pagi.

Baik. Untuk tips2 temuduga seperti yang aku dah baca, ini adalah struktur soalan temuduga secara umum:

1. Calon dikehendaki mengemukakan maklumat latar belakang peribadi.
2. Menyatakan 5 orang ikon/ insprirasi.
3. Calon dikehendaki memberikan maklumat tempat tinggal calon.
4. Calon dikehendaki memberikan malumat negeri kelahiran.
5. Calon dikehendaki menyatakan pengalaman latihan mengajar.
6. Soalan yang berkaitan dengan keperluan dan prospek calon dalam dunia pekerjaan yang diceburi.
7. Soalan yang berkaitan dengan latar belakang suruhanjaya perkhidmatan pelajaran.
8. Soalan berkaitan jabatan pekhidmatan awam.
9. soalan berkaitan dengan latar belakang kementerian pelajaran Malaysia.
10. Soalan berkaitan dengan latar belakang jabatan pelajaran negeri
11. Soalan yang berkaitan dengan latar belakang jabatan pelajaran daerah.
12. soalan berkaitan latar belakang Malaysia.
13. Soalan yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia.
14. Soalan berkaitn isu, dasar, dan konsep pendidikan Malaysia.
15. Soalan berkaitan isu semasa
16. Soalan berkaitan dengan buku rekod pengajaran guru.
17. Soalan berkaitan sukatan pelajaran.
18. Soalan berkaitan dengan teori pengajaran dan pembelajaran serta pedagogi.
19. soalan yang berkaitan dengan pengetahuan calon terhadap major dan minor masing-masing.
20. calon diminta untuk melakukan amali pengajaran.
21. Calon hendaklah menjaga penampilan diri.

sumber: persedian temuduga|info pendidik

Ini cuma secara umum. tak semestinya sebijik-sebijik akan keluar. yang penting dalam interview adalah kita sentiasa tenang, mengawal nafas, tak terpengaruh dengan situasi sekeliling( mimic muka penemuduga, keadaan sekeliling yang bising). Kawalan emosi adalah penting supaya otak dapat berfikir dengan lancar.

The end. Wassalam.

Sunday, April 26, 2015

Penyelesaian persamaan Linear

Ini adalah applet yang aku sendiri telah bina thanks to perisian geogebra yang awesome! Tujuan aku membina benda ni adalah sebagai bahan bantu belajar untuk topik persamaan linear. Selain tu, student jugak boleh gunakan applet ni untuk check jawapan bagi penyelesaian persamaan linear.