Wednesday, October 27, 2010

Dugaan oh Dugaan!

Assalamualaikum wbt,

Hidup tak lepas dari ujian. Sesungguhnya, rugilah orang yang mengeluh dan melatah ketika diuji. Di dunia sedih dengan ujiannya, di akhirat sedih dengan bahang neraka kerana menolak takdir Allah swt.

Andai kita tak dapat sesuatu yang kita inginkan di dunia, jangan sampai kita tak dapat keredhaan Allah swt yang jauh lebih besar nilainya di Akhirat. Jadi, camne nak dapat keredhaan tu? jawapannya 'simple' tapi berat, terimalah situasi kita tak dapat apa yang kita inginkan tu dengan hati terbuka.

Kita diberi ujian tak lah semestinya bersifat hukuman semata mata. Ujian tu adalah tanda Allah sayang kita. Dia nak peringatkan kita, sebab manusia ni kalau senang memang selalu terlupa. Kalau dihukum ingat kat Allah, sampai satu masa ujian tu tak diberi, dia lupa lagi. Jadi, Allah bagi lagi, sebab Dia sayang kat kita; Dia tak nak kita menyimpang jauh dari jalan yang Dia nak kita lalu.

Kalau kita terus terusan menerima ujian, bermuhasabah lah. Itu mungkin bermaksud kita "fail" ujian Allah swt sebelum ni. Sama ada kita gagal mengambil iktibar dari ujian itu, ataupun tidak dapat menghadapi ujian tu dengan cara yang sepatutnya. Hidup ni mesti optimis, dan satu fakta yang kita mesti tahu dan terima sebulatnya, Allah swt sentiasa betul. Dia yang maha mengetahui dan Dialah yang maha berkuasa. Tugas kita sebagai hamba Allah cumalah terus percaya dengan hikmah ketentuan Allah swt tu.

Yang maha adil tu Allah swt, Dia takkan menzalimi manusia. Yang menzalimi manusia tu adalah manusia tu sendiri. Jadi Dia bagi peringatan untuk mengajar dan menunjukkan silap manusia secara tidak langsung melalui ujian sebab Allah swt itu maha adil dan maha menyayangi. Jadi, apabila kita didatangkan dengan ujian, ambil masa untuk reflek diri, sentiasa bersangka baiklah. Andai kata kita tersilap langkah ketika menghadapi ujian, beristighfar lah banyak2, kerana Allah swt itu maha pengampun.

Kadang-kadang kita rasa kita cuma diberi ujian. Jarang diberi nikmat.Itu besar kemungkinan salah! kita tak rasa nikmat yang Allah beri tu, sebab kita tak bersyukur. Apabila kita tak bersyukur ketika mendapat nikmat, kita akan rasa riak dan mengatakan nikmat tu adalah datang dari kita bukan dari Allah swt. Contohnya, apabila dapat nikmat tu kita akan cakap,"memang patut pun aku dapat ni... yang ni memang aku akan dapat... ini memang milik aku pun", lalu kita tak bersyukur sebab kita yakin benda itu milik kita walau apa pun keadaannya dan menganggap perkara tu kecil dan menafikan nikmat itu dari Allah swt. Ketika datangnya ujian, nikmat-nikmat ni menjadi sesuatu yang terlepas dari pandangan seolah-olah tak pernah ada dan waktu tu lah kita akan mengeluh,"kenapa lah jadi macam ni... asyik asyik terkena... loser nya aku... tak pernah nak senang... tak pernah nak happy". Jadi, bersyukurlah walau dengan sekecil-kecil perkara sekalipun. InsyaAllah, itu adalah hujah yang berguna ketika menghadapi ujian.

Satu lagi, janganlah angkuh mengatakan sesuatu nikmat tu milik kita, sebab apa yang ada pada kita tu adalah pinjaman Allah swt semata mata, bukanlah milik kita yang pasti. Kalau Dia berkenan Dia bagi, kalau Dia tak berkenan Dia tak bagi. bukan," kalau aku nak aku dapat!" sebab kat dunia ni cita-cita yang kita nak capai tu tak semestinya kita wajib dapat walau macam mana keras kita usaha. Justeru tu, dalam mencapai cita cita hanya tiga perkara je yang kita boleh buat; berniat mencapai sesuatu, berusaha untuk mencapai sesuatu dan bertawakal kepada Allah swt atas perkara yang telah diusahakan. Selepas tu, Allah swt bagi apa pun, redhalah dengan hati terbuka kalau kita tak mencapai sasaran dan bersyukurlah dengan sebaik-baik perasaan bersyukur andai kita mencapai sasaran.

Dipetik dari surah hud {surah ke 11}, ayat 9-11 untuk ingatan bersama, " Dan demi sesungguhnya! jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.{9} Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah dia menderita kesusahan tentulah dia akan berkata: Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku. Sesungguhnya dia(dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah(kepada orang ramai){10}Kecuali orang2 yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.{11}"

wassalam,

p/s: ingatan untuk orang lain dan terutamanya diri sendiri sebab kehidupan ini memang payah, bak kata yasin