Wednesday, April 6, 2016

The Dawn of Interview

Assalamualaikum wbt,

Jadi, setelah lama menunggu akhirnya aku dipanggil jugak untuk interview suruhanjaya perkhidmatan pelajaran. Alhamdulillah. Sesi interview aku jatuh pada tarikh 16 Mei hari isnin bermula jam 7 setengah pagi.

Baik. Untuk tips2 temuduga seperti yang aku dah baca, ini adalah struktur soalan temuduga secara umum:

1. Calon dikehendaki mengemukakan maklumat latar belakang peribadi.
2. Menyatakan 5 orang ikon/ insprirasi.
3. Calon dikehendaki memberikan maklumat tempat tinggal calon.
4. Calon dikehendaki memberikan malumat negeri kelahiran.
5. Calon dikehendaki menyatakan pengalaman latihan mengajar.
6. Soalan yang berkaitan dengan keperluan dan prospek calon dalam dunia pekerjaan yang diceburi.
7. Soalan yang berkaitan dengan latar belakang suruhanjaya perkhidmatan pelajaran.
8. Soalan berkaitan jabatan pekhidmatan awam.
9. soalan berkaitan dengan latar belakang kementerian pelajaran Malaysia.
10. Soalan berkaitan dengan latar belakang jabatan pelajaran negeri
11. Soalan yang berkaitan dengan latar belakang jabatan pelajaran daerah.
12. soalan berkaitan latar belakang Malaysia.
13. Soalan yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia.
14. Soalan berkaitn isu, dasar, dan konsep pendidikan Malaysia.
15. Soalan berkaitan isu semasa
16. Soalan berkaitan dengan buku rekod pengajaran guru.
17. Soalan berkaitan sukatan pelajaran.
18. Soalan berkaitan dengan teori pengajaran dan pembelajaran serta pedagogi.
19. soalan yang berkaitan dengan pengetahuan calon terhadap major dan minor masing-masing.
20. calon diminta untuk melakukan amali pengajaran.
21. Calon hendaklah menjaga penampilan diri.

sumber: persedian temuduga|info pendidik

Ini cuma secara umum. tak semestinya sebijik-sebijik akan keluar. yang penting dalam interview adalah kita sentiasa tenang, mengawal nafas, tak terpengaruh dengan situasi sekeliling( mimic muka penemuduga, keadaan sekeliling yang bising). Kawalan emosi adalah penting supaya otak dapat berfikir dengan lancar.

The end. Wassalam.

Sunday, April 26, 2015

Penyelesaian persamaan Linear

Ini adalah applet yang aku sendiri telah bina thanks to perisian geogebra yang awesome! Tujuan aku membina benda ni adalah sebagai bahan bantu belajar untuk topik persamaan linear. Selain tu, student jugak boleh gunakan applet ni untuk check jawapan bagi penyelesaian persamaan linear.

Tuesday, April 21, 2015

Positif

Waktu sesi kelas aku hari ni, aku mintak budak-budak salin jawapan yang dah disediakan guna projector.

Diorang seronok je salin, tak perlu baca kan. Semua menunjukkan kesungguhan menyalin. Ada sekali tu, waktu diorang tengah syok menyalin tetiba aku nextkan page tu. Semua merungut,"Cikgu!! tak sempat!". haha. Aku tahu je tak sempat. Saja kenakan budak-budak ni. Innocent sangat.

Tapi tu lah kadang-kadang seronoknya ngajar. Ko buat diorang gelak waktu mengajar, takdelah budak-budak tu tensyen sangat. Aku tak pakar sangat nak buat lawak sebenarnya, tapi kalau part nak kenakan orang insyaAllah aku ada idea. Haha

Tapi aku ada idea bila aku tak rasa tensyen je. Bila rasa tensyen, idea tu macam stuck. Sebab tu aku rasa, negative feeling or negative thoughts ni bahaya kepada IQ. Sebab benda tu macam duri dalam diri. Menyekat kebebasan ko untuk berfikir dan merasa. So, ko akan tend untuk buat keputusan yang IQ ko mungkin tak approve.
 
Dunia memang bukan tempat yang bagus. Segala jenis dugaan akan datang kat kau. Tapi, kau komplen pun, kadang-kadang kau memang tak dapat ubah. Yang penting, kau tak biarkan dugaan tu jadikan ko seorang yang negatif. 

Dunia memang berpotensi untuk buat kau merana, sedih, dan tensyen tapi, tak semestinya kau turut potensi dunia tu untuk buat kau terus merana, sedih dan tensyen.

Dunia akan sentiasa cuba untuk rampas senyuman kau, tapi, itu tak bermaksud kau kena hilangkan senyuman kau supaya dunia takkan rampas senyuman kau. Teruskanlah tersenyum sebab kau layak bahagia, walau apa pun dunia buat kat kau.

dan ingat. Kau tak boleh bina diri kau dengan jadi negatif. Orang-orang yang dapat membina diri adalah orang-orang yang positif.