Hurm... Persoalan yang tu nanti2 lah bincang. Anyway, sekarang ni apa yang aku nak cakap adalah tentang state of mind waktu kita tegur orang tu. Samada kita tegur tu dengan benci atau kita tegur dengan sayang.
So, tegur dalam state of mind benci ni macam mana? Hurm, state of mind macam ni boleh dicontohkan seperti ni, ada sorang kawan ko ni, liat benor nak bangun subuh. Pas tu ko tensyen la,"asyik aku je kena bangun awal dan kejut mamat ni. Penatnya la.. tak pernah nak bangun sendiri." jadi bila ko kejutkan tu, ko tak kejut supaya dia bangun dengan tenang, tapi ko nak puaskan hati ko dengan menensyenkan dia sebab dia da pun menensyenkan ko. tak obvious sangat.
Contoh lain, bagi pempuan la, contoh minah sorang ni tak pakai tudung, pastu ko pakai tudung. Then, ko tensyen sebab dia ada pak we, dia senang buat kerja, dia nampak seksi, dan ko berpenat lelah pakai tudung.
Contoh satu lagi, kawan ko sorang ni tengok movie memanjang. Lepas tu ko tak puas hati la. "asyik tengok movie. Nanti waktu nak study nanti baru nak carik aku. Aku mesti la nak study jugak waktu tu. Haih. Nak menyusahkan aku la tu nanti." nak tak nak ko tegur jugak. Ko tak fikir kalo budak ni blaja, nanti exam dia senang sikit. Ko akan fikir "aku nak budak ni sama susah ngan aku". Senang-senang dia nak kacau aku last minute. Sedap-sedap tengok movie sekarang ni pastu tak blaja.
Hurm... Apa kesan benda ni? Well, ko ada drive untuk tegur, a good thing maybe. Tapi, cara ko tegur tu nanti akan mendatangkan opposite effect. Ko akan tegur dengan kasar, cakap nak main lepas je, ko tegur asalkan ko puas hati sampai dia tak dapat nak cakap apa-apa. Sama macam waktu kat skolah dulu la, senior tegur tu dengan perasaan benci la, tak suka tengok budak form 1 buat hal sebab annoying bagi dia, bukan sebab nak bagi budak form 1 tu benefit ke atas diri budak tu sendiri.
So, orang yang menegur dengan perasaan benci ni, dia fikir kebaikan dia menegur tu kat dia dulu, then dia fikir kebaikan tu kat org yang dia tegur. Lebih teruk lagi tak fikir langsung. Puas hati dapat melaser orang lain, cukup la. Heh.
So, apa yang aku nak propose dalam post sekarang ni, ialah, kalo nak menegur orang tu, mesti start dengan ko sayang kat orang tu. Ko tak sanggup benda jahat yang dia buat akan merosakkan dia nanti, bukan sebab ko tak puas hati ko tak dapat buat benda jahat tu sekali. Hurm... Kalo first time ko jumpa lepas tu terus tegur, mungkin ko akan menjadi kebencian, dan takkan ada orang dengar apa yang ko nak sampaikan. Memang pernah aku dengar tentang sesuatu, jangan menilai orang yang cakap tentang kebenaran tu, tapi nilai kebenaran yang disampaikan. Aku akui benda tu memang benar, tapi, masalahnya masyarakat sekarang ni banyak belum matang untuk sampai ke level tu.
Kalo betul ko nak menegur semua manusia tak kira siapa, then mulakan dengan menyayangi seluruh manusia. Kita benci kat apa yang orang buat sebab kita sayang dia. Kita kejutkan orang bangun subuh sebab kita sayang dia daripada dia dibakar api neraka, kita ajak org pakai tudung(pempuan la) sebab kita sayang dia dan tak nak rambut dia dimamah api neraka, kita tegur orang supaya study supaya dia boleh lulus exam dia. So, menegur dengan sayang ni, adalah menegur dengan mendahulukan perbuatan melihat perkara positif untuk orang tu kemudian mengambil kira perkara negatif atau positif yang akan terhasil utk kita.
Tak semestinya ko sayang orang tu ko akan jadi lembik dalam menegur, ko akan jadi tegas, tapi dalam tegas tu nampak sayangnya ko kat dia. dengan perasaan sayang tu ko akan dapat melakukan sesuatu dengan hikmah dan berkesan, insyaAllah.
Kalau betul kita nak buat sesuatu kerana Allah, kita mestilah buat sebaiknya, bukanlah sekadar cukup baik untuk melepaskan diri kita dari pertanggungjawaban.
bukan jugak aku nak cakap kalo kita tak sayang seseorang tu kita tak payah tegur, tapi, perasaan taqwa kepada Allah, akan mendorong kita menyayangi orang lain justeru menegurnya.
Ok lah, semua benda ni cuma luahan hati. Aku harap Allah memberikan aku petunjuk kepada kebenaran dgn mengilhamkan seseorang untuk menegur kesilapan2 pemikiran aku dalam post kali ni(dan post dulu2 gak... Huhu). Wallahu'alam.
Wassalam.
p/s: sori mix. tak pandai sangat nak guna bahasa melayu pure. orang cakap kalo luahan hati mesti la dengan bahasa hati, dah hati aku berbahasa rojak, nak wat camne...
is!!!!!!!!!slamat hari raya...sori mun ada polah salah...huhu...cgek gk,woih,dtg ctok beraya umah ku,lak ku merik duit raya...seposen dua posen cukuplah ya:D
ReplyDeletewassalam. haha... kenak x tulis kat fb jak? haha.... anyway, selamat hari raya juak.. kmk org baruk raya knek tuk... maaf bagi segala yang terzahir atau segala yang tersembunyi... mun nak dtg rumah ko x pulang modal kdak ya... haha.. k,... salam aidilfitri dari aku yang jauh disituk... wassalam.
ReplyDelete