Wednesday, April 27, 2011

autumn camp

assalamualaikum wbt.

tajuk macam tak best je kan?... sori la xde idea sangat. so, seperti yang tajuk tu cakap, dalam post kali ni nak citer ttg pengalaman Autumn 2011 aku kat sini(Australia).


22 April 2011

So, hari ni cuti easter dah start dah. selepas beberapa minggu berhempas pulas menjadi keldai dunia, ada jugak la cuti di tengah2 semester akhirnya. ada jugak peluang melepaskan tensyen. So, trip hari tu mula kol 9 camtu. kami pergi ke blue mountain naik kereta. ada 4 buah kereta, iaitu ada 20 orang ikut trip ni. perjalanan lancar, tapi jammed dekat nak setengah jam jugak di tengah2 perjalanan. aku ok je sebab tak drive. kesian kat driver lorh. hoho.
dalam kol 1 stengah camtu kami pun sampai la kat scenic world, blue mountain. bukan pergi hiking ke apa. scenic world tu tempat di mana pelancong boleh tengok pemandangan2 yang best kat blue mountain tu. well, kami tengok macam2. antara yang paling best, tengok pemandangan dari dalam cable car. boleh tengok three sister iaitu 3 batu yang ada legenda tentang orang asli tempatan di Australia. pemandangan yang jarang dilihat sebab aku tinggal kat kawasan bandar sikit, jadi tak ada peluang sangat nak tengok kawasan semulajadi kat Australia. lagi-lagi sekarang ni adalah Autumn, jadi, boleh tengok jugak pokok berdaun kuning kat situ. agak spectacular sebenarnya.
Lepas settle solat dan makan, kami sambung lagi berjalan kat scenic world tu, sebab tiket yang kami ambik tu valid untuk sehari tu lah. so, guna je lah. kali ni kami pergi ke bawah, kat kawasan hutan. tapi takde lah jungle tracking yang pijak tanah hutan semua, tapi ada jambatan kayu untuk pelancong berjalan kaki menikmati keindahan flora dan fauna hutan kat situ. So, kami jalan2 menikmati udara segar semulajadi sambil ambik gambar.
lepas habis tour kat scenic world kami pergi kat echo point, dekat2 situ jugak, nak pergi tengok sunset kononnya. naik kereta pergi situ, tapi ada problem sikit sebab kami tak biasa sangat dengan jalan kat situ. so, driver memang sangat berharap kat signboard kat tepi jalan. sampai satu simpang tu, tak ade pulak signboard yang menunjukkan arah echo point. jadi kami yang blur sikit, ambik keputusan ikut satu kereta 4 while drive hitam yang macam nak gi echo point(dari tadi path kereta kat depan kami tu macam nak pergi ke echo point). kami ikut je lah kereta tu. ikut punya ikut kereta tu masuk sebuah rumah... lorh, penduduk kawasan tu rupanya. ceh... jadi driver(pown) call orang lain nak tanya camne nak pergi echo point. tadi tak sempat nak call sebab takut menggangu laluan trafik; tu yang gamble ikut kereta hitam tu. lepas dapat instruction yang betul, akhirnya kami sampai jugak lah kat echo point tu. tapi, tak sempat lah tengok sunset sebab lambat sangat.
tapi angin kat situ tak boleh blah, sejuk!!... tapi yang lagi tak boleh blah, ada jugak minah saleh pakai short je. tu lah antara benda paling pelik kat sini; punya lah sejuk, tapi pakai short selamba je. kami yang pakai baju full ni pun dapat rasa sejuknya.... huhu
lepas settle semua perkara yang harus di"settle"kan kat situ, kami bertolak ke kawasan camping. kawasan tu memang kawasan camping yang common kat situ. waktu tu memang dah gelap tapi khemah dah siap sebab tadi cuma 15 orang je pergi echo point, 5 orang lagi pasang khemah. antara benda yang paling spectacular kat campsite tu adalah pemandangan langit. taburan bintang di langit- Subhanallah, sangat cantik!!... serius jarang tengok sebab kalau kat city, tak nampak sangat bintang2 ni sebab adanya lampu2 buatan manusia.
lepas habis sesi barbeku tu kami tidur lah kat dalam khemah.

23 April 2011

kami bangun seawal 4:30 pagi untuk solat subuh. aku tidur kurang lena sebab lantai khemah tu senget sikit, jadi waktu tidur tu beberapa kali jugak lah terbangun sebab menggelungsur... bangun2, terus pergi ke sungai berdekatan untuk mengambil wudhuk. air sungai memang patut dapat agak, sejuk giler sampai masuk2 je tangan dalam air, memang tak rasa ada tangan dah... huhu... baru kami dapat betul-betul faham macam mana powernya tentera islam dulu2. lagi sejuk dari tu, tapi diorang still bertahan menunaikan solat.
selesai solat dan sarapan, kami simpan balik khemah dan semua barang. destinasi kami seterusnya adalah jenolan cave. jenolan cave ni pun tempat tumpuan pelancong jugak. kat situ ada banyak jenis gua. jadi ada peluang nak tengok stalactite dan stalagmite yang belajar dalam geografi kat sekolah menengah dulu. haha. best lah dapat tengok depan mata, batu-batu yang mengambil masa ribuan dan jutaan tahun untuk formed.
dalam satu gua tu memang banyak lagi benda2 yang menarik; dewan semulajadi, chamber yang sebesar padang bola sepak, kristal, batuan-batuan semulajadi yang unik(stacatite dan stalagmite tu bentuk macam jarum tapi, ada lagi batu yang spiral...)
selepas selesai melawat Jenolan cave tu, kami naik kereta cari tempat makan, so jumpa lah satu taman tu dan tempat barbeku nya sekali. yang best nya kat sini, kalau nak buat barbeku bukan macam kat malaysia terpaksa bawak arang dan dawai sendiri, untuk set up tempat barbeku, tapi memang dah tersedia tempat barbeku berkuasa elekrik. So, cuma perlu bawak bahan2 je la. tapi, sebenarnya aku lebih suka barbeku kat malaysia sebab makanan contohnya ayam tu nanti masak sepenuhnya, berbanding kat sini, masak sepenuhnya kat kulit ayam tu je.dalam tak masak sangat selalunya.
lepas makan sikit, aku dan 4 orang yang lain pergi mencari campsite yang baru. jauh kami cari, masuk hutan mana2 ntah(nama nak cari campsite...),ada jumpa satu tu, tapi jalan dia cuma sesuai untuk 4 wheel drive je. bila dah masuk tu, barely dapat keluar; nasib baik driver kami, pemandu terbaik, credit to awin. so, tak jadi la ber"camping" kat situ. hoho... malam tu memang susah nak dapat tempat nak set up khemah. nama pun malam, kalau dapat pun nanti, nak set up khemah malam2 memang lagi susah. setelah beberapa siri mencari dan tak dapat, kami mengambil keputusan untuk tidur dalam kereta je-ber"camping" dekat shell!!... haha... first time kot. tapi, keputusan yang bijak jugak. haus2 je pergi kedai shell minum kopi, lapar beli keropok, toilet pun dekat. haha.

24 April 2011

pagi tu kami sarapan dekat taman jugak tapi bukan taman yang semalam tu. pemandangan dari taman tu sangat best sebenarnya. di sekeliling kami, kami dapat tengok bukit bukau. waktu tu matahari tengah naik menyinari alam sekeliling. pemandangan lepas subuh tu memang sangat cantik, dan ditambah jugak dengan awan2 yang mencantikkan sinaran matahari.
selepas sarapan, kami pergi ke mount tomah untuk melawat botanical garden. tempat ni lagi best pemandangannya. dari botanical garden tu boleh nampak hutan menghijau, gunung ganang yang mengelilingi. jadi, kami ronda2 dalam botanical garden. tengok banyak jenis tumbuhan yang hijau dan juga yang berwarna-warni. best nya botanical garden ni, somehow aku dapat rasa ketenangan kat situ. ketenangan untuk menambat ketegangan yang terhasil sebab assignment2 kat uni.
selepas selesai di mount tomah, kami pergi ke destinasi seterusnya-ladang epal!!!... yang ni masih fresh kat memori aku sebab aku dapat makan epal fresh! first time pergi ladang epal. lepas dapatkan kebenaran pak cik penjaga epal, kami pergilah menuai epal dengan beg plastik putih yang dia bagi. dia cakap boleh test jugak epal tu. Aku test satu je, sebab yang aku ambik tu agak besar. yang lain aku petik untuk simpan je lah. sebelum ni aku ingat pokok epal macam pokok rambutan ke ape, tapi sebenarnya pokok epal agak pendek, macam pokok belimbing. pengalaman yang baru jugak. kat ladang tu ada pokok epal merah dan hijau sekali. epal merah mungkin tak merah sangat, tapi sangat manis, dan fresh(segar dari ladang kot...). susah nak rasa epal yang fresh macam tu. haha.

selepas selesai membayar epal2 yang kami petik, kami meneruskan perjalanan balik tapi tak balik rumah lagi. pergi ke new castle pulak untuk program Autumn Gathering.

Jadi, setakat ni je untuk kali ni.

wassalam.

p/s: sorila bahasa rojak....

No comments:

Post a Comment