Assalamualaikum wbt,
So, exam? huh... antara benda yang paling tak best dalam diari seorang pelajar. aku sebenarnya tak suka
cara kita dinilai sekarang ni, dinilai di atas kertas. hidup kita di atas sehelai dua helai kertas? memang tak adil.
Give up? tu bukan pilihan. just sekarang ni, aku rasa perlu betulkan persepsi terhadap exam. apa itu exam? exam tu nak test kita punya kefahaman. bagusnya exam tu, dia bagi pressure untuk kita mempelajari sesuatu ilmu. tapi, pressure yang exam tu bagi, macam terlalu negatif. akibatnya, pelajar2 macam kita, belajar sesuatu ilmu sekadar untuk tahu, bukan untuk menghayati. belajar formula, tapi, formula tu tak bagi apa2 maksud fizikal pada kita.
Aku pun tak mampu nak hayati semua bnde tu. satu, sebab banyak sangat, dua, sebab ade certain benda yang aku blaja ni, macam ambigous sgt. researchers pun tak pasti lagi ape yang diorg kaji tu. terganggu penghayatan.hahaha. tapi, selagi aku mampu untuk mentafsir benda2 yang aku blaja tu, aku cuba, rather than selepas exam, benda tu aku lupakan macam tu je.
exam dari perspektif islam? hurm... kalau kita just nak pelajari sesuatu ilmu semata2 nak pass exam, aku rasa menuntut ilmu tu agak pointless. bila menuntut ilmu tu, yang penting ilmu tu memberi kesan kat kita then dari situ kita boleh beri kesan kat orang lain. kalau memberi kesan kat penyemak je, rasanya macam tak cukup. hebatnya orang islam dahulu, dia menghayati ilmu yang dia belajar, dan bila dia menghayati, dia dapat reproduce sesuatu yang lebih baharu.
Dalam bidang fizik dan biologi, ilmu tentang alam dan manusia, ilmuan islam ni dapat menghayati sunatullah- peraturan yang dah ditetapkan oleh Allah. dalam ilmu matematik, bila orang tanye,"1+1 berapa?", memang logiknya adalah 2. hatta logik ni pun adalah ciptaan Allah swt. maksud aku, Allah memang nak ciptakan 1+1 tu adalah 2. definisi logik dalam matematik atau natural dalam sains, bukan lah satu benda yang terjadi secara tiba2, atau "memang ada", tapi sebenarnya sesuatu yang telah dicipta oleh Allah swt.
aku teringat tentang gauss' divergence theorem dalam subjek several variable calculus yang aku ambik. teori tu cakap, flux yang menembusi surface akan menyamai divergence dalam satu volume. tak perlu lah nak explain panjang, tapi point nya, matematik tu macam program yang Allah swt dah ciptakan. lepas tu, alam sekeliling akan conform kepada program ni.
So, conclusion? hurm... exam tu adalah alat sebenarnya, jangan jadikan benda tu sebagai tujuan. sebagai orang islam yang penting kita dapatkan ilmu tu, then kita hayati. tapi, kalo nak cakap terus ignore exam tu tak lah. sebab kalau kita dapat macam2 tu je result, benda tu akan jadi fitnah untuk orang islam, then orang bukan islam akan cakap yang islam ni mengajar umat untuk menjadi malas. lagi, kita jangan jadi seorang yang di paksa tahu, tapi cuba jadi seorang yang ingin tahu. (wah... conclusion lagi panjang dari paragraph biasa.)
Anyway, sorry kalo pendapat aku ni terlalu cetek, dan diharap kesalahan aku dapat ditegur secara berhemah. terima kasih.
last words: kalau default result tu adalah "a", dengan teknik kita akan ada final result n*a. tapi, dengan hati kita akan dapat final result a^n, insyaAllah. (a,n>1... hehe)
wassalam.
No comments:
Post a Comment