Hidup bukanlah sepatutnya semata-mata untuk buat rekod atau memori sebab benda tu akan tertinggal di masa lalu apabila masa terus berlalu. Hidup harus memandang ke hadapan dan mencipta sesuatu yang baharu. Mencipta sebuah legasi walaupun setelah mati.
Hidup bukan untuk populariti, bukan untuk dipandang orang tapi yang penting adalah hidup untuk kepuasan sendiri.
Fikiran haruslah sentiasa terbuka dan positif. Pengetahuan haruslah digunakan sebagai kunci yang membuka kemungkinan yang infiniti bukan sebagai sesuatu yang menyekat kreativiti.
Kalau impian kau cukup besar, maka penghalangnya akan sentiasa terasa kecil. Jadi lebih terbuka jadi lebih positif.
Jadi persisten setiap hari. Kita takkan boleh elak untuk rasa jatuh. Jadi, apa yang patut kita buat? kita tengok balik diari. Lihat pada pencapaian diri. Dapatkan keyakinan bahawa sesuatu yang telah kita capai di masa lepas, adalah bukti bahawa kita boleh mencapai sesuatu di masa hadapan.
Ingat kembali cita-cita. kerana cita-cita adalah sesuatu yang di masa hadapan. Hanya apabila tarikan yang kuat dari masa hadapan, boleh membuatkan kita terus ke hadapan. Seperti tarikan magnet kepada besi.
Jadikan amalan dalam setiap hari. Memulakan dengan perancangan dan mengakhiri dengan refleksi. Dalam turun naik, pastikan kebanyakannya adalah naik. Jadi lebih terbuka, jadi lebih positif. Terbuka dalam perancangan untuk menghasilkan sesuatu untuk hari ini dan esok. Positif dalam refleksi bahawa ruang penambahbaikan akan sentiasa ada dan sentiasa boleh dicapai dari hari ke hari.
Fokuslah untuk mencipta sesuatu. Sesuatu yang memberi kau kepuasan. Memberikan kau makna. Membuatkan setiap nafas yang kau hembus dan kau hela adalah nafas yang berguna.
Jadilah diri kau sendiri. Jadilah benar kepada diri sendiri. Bukankah pokok yang tegap, hanya boleh didapati pada tanah yang stabil? Jadilah lebih terbuka dan jadilah lebih positif.
Dunia tidak berhutang kepadamu. Jika kau inginkan sesuatu, kau tak meminta, tapi kau berusaha supaya kau layak mendapatkannya.
Tak salah berbelanja untuk cita-cita, asalkan percaya kau kuat, usaha kau berterusan dan doa kau tidak putus. Jangan pernah jadi penat, jangan pernah jadi negatif. Jadi lebih terbuka dan jadi lebih positif!
Hati dan minda adalah aset manusia paling berharga. Aset? adalah sesuatu yang memberikan kita hasil. Hasil yang membolehkan kita terus hidup.
Dalam dunia terlalu banyak "constraint" yang boleh mempengaruhi kau. Tapi, kalau hati dan minda kau cukup kuat, "constraint" lain tidak akan banyak mempengaruhi hidup kau.
Dan kau tahu kenapa kau perlu meletakkan sasaran pada bintang?... sebab kalau kau letakkan sasaran pada bulan, kemungkinan besar kau akan terlekat dan tersekat di bumi.
Dan productivity? adalah menjadi yang terbaik dalam bidang yang paling membawa keberuntungan. Jadi lebih terbuka dan jadi lebih positif!
No comments:
Post a Comment