Dah sampai masanya kau hidup dengan ikhlas. Hidup dengan menjadi diri kau sendiri. Hidup tanpa perlu perhatian daripada orang lain.
Kau tak perlu merendah-rendahkan orang lain kalau kau cukup tinggi. Orang yang merendah-rendahkan orang lain membuktikan bahawa dirinya tak cukup tinggi, dan perlu memijak orang lain untuk rasa lebih tinggi.
Hiduplah dengan lebih ikhlas. Kau tak perlukan perhatian kalau dalaman kau berisi. Cuma bilamana dalaman kau kosong, kau akan cuba cari perhatian dengan harapan kau akan dapat mengisi kekosongan itu. Itu langkah desperate!
Kau mesti sentiasa jadi berani dalam menyampaikan kebenaran, tapi, untuk menyakitkan itu tidak perlu. Kalau boleh elakkan.
Hiduplah tanpa mengharapkan perhatian. Jangan ada rasa sekelumit menginginkan perhatian pun dalam hati kau. Jangan kau menulis atau bercakap,"aku tak nak perhatian" tetapi masih ada harapan dalam diri kau untuk perhatian. dalam erti kata lain, tujuan kau menulis "aku tak nak perhatian" adalah untuk mendapatkan perhatian. Ironi!
Fokuslah pada perkara-perkara yang penting. Fokus pada apa yang kau ada sekarang ni. Fokus pada tanggungjawab-tanggungjawab kau.
Diam ketika engkau salah. Tak perlu menegakkan benang yang basah. Ketawalah bila kau melakukan kesilapan. Supaya kau tahu, manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, kesilapan bukanlah tanda kegagalan dan kesilapan tidak seharusnya menghalang kau untuk terus bergerak.
Jadi lebih kind kepada orang lain bukan jadi nice. Kind bermaksud, melayan manusia berdasarkan rasional dan tepat dengan situasi yang berlaku. Nice bermaksud, melayan manusia untuk mendapatkan nama baik di depan manusia. Jangan jadi jerk, orang yang mencari fasal, tanpa diminta untuk mencari fasal.
Jangan bercakap jika tidak perlu. Tidak perlu menyampuk. kerana orang yang menyampuk adalah karakter sampingan dalam sebuah cerita. Semua orang sepatutnya menjadi hero. Iaitu mengeluarkan dan menampilkan sesuatu yang membentuk jalan cerita.
Tak perlu melawak. Tak perlu menjadi badut yang menghiburkan orang lain. Kau cuma perlu gembira dengan diri sendiri. Aku tak nak cakap tentang orang lain.
Jangan berbangga dengan kebenaran yang kau pegang, sebab kau yang pegang, dan kebenaran itu keluar melalui kau. Berbanggalah dengan kebenaran, kerana itu adalah kebenaran. Itulah sebenar-benarnya kebenaran. Jika tidak ia hanyalah sebuah pandangan.
Jadilah diri sendiri. Tak perlu terikut-ikut dengan orang lain. Walaupun dunia penuh dengan orang yang hebat membuatkan kau ingin menjadi sepertinya. Membuatkan kau menjadi taksub untuk mengikut setiap langkah dan gerak-gerinya. Malah lebih teruk, engkau menjadikan dia sebagai orang yang kau kagumi melebihi Tuhan-mu.
Jangan. Jangan. Jangan. Jangan ada riak. Jangan inginkan perhatian, walau sebagusmanapun engkau. Teruskan kemajuanmu. Teruskan perjalananmu. Kau tak perlu berhenti untuk orang lain melihat dan mengagumi pencapaianmu. Bila kau tak boleh menepis pujian, maksudnya kau masih menginginkan perhatian.
Riak kadang-kadang kau tak sedar. Kau ingat kau dah buat sesuatu tanpa rasa ingin menunjuk-nunjuk, tapi at last, perasaan tu nampak dengan obvious jugak melalui tulisan kau.
Jangan memandang rendah kepada orang lain. Jangan fikir kau lebih bagus daripadanya. Fikir kau dan dia sama. Sama-sama tidak perfect. Punya kekurangan masing-masing. Jika kau ingin banding, bandinglah dengan dirimu yang lepas.
Jangan paksa diri kau untuk jadi baik. People-pleasing adalah benda yang kau harus elakkan. Kalau kau tak suka, just cakap dengan baik. Tanpa menyakitkan hati. Cakap sekali dengan rasionalnya. Kalau orang tak boleh terima pun rasional kau, sekurang-kurangnya kau dah cuba.
No comments:
Post a Comment